Sunday 13 October 2013

Pelamin indah di Dewan Al Rayyan

CANTIK....Sebuah pelamin yang direka khas untuk pengantin yang mengadakan majlis persandingan di Dewan Utama Al Rayyan Quinara Al Safir Resort

Saturday 12 October 2013

Dewan Al Rayyan, selesa dan istimewa.



SELESA...Dewan Al Rayyan, Quinara Al Safir sememang selesa untuk menganjurkan pelbagai acara antaranya untuk pakej perkahwinan, seminar peperiksaan, mesyuarat, forum, kursus dan lain-lain. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 1,000 peserta pada satu-satu masa, Dewan Utama Quinara ini tentunya menjadi pilihan ramai.

Tempahlah sekarang dengan menghubungi 09-6674040 untuk menikmati keselesaan itu. Semoga anda akan gembira dengan layanan kami dan menikmati segala kemudahan di resort yang sering menjadi tumpuan ramai ini-Oleh: Amirul Mukminin

Friday 11 October 2013

Petikan Akhbar Utusan Malaysia mengenai Quinara Al Safir.


HOTEL Quinara Al-Safir di Jalan Tok Jembal, Kuala Terengganu dan milik anak tempatan memberi pilihan kepada pengunjung yang mahu lari dari hiruk-pikuk bandar raya.

QUINARA Al-Safir, namanya agak ganjil tetapi menarik bagi sebuah resort di pinggir bandar raya Kuala Terengganu yang muncul di kawasan tanah paya di perkampungan agak sunyi.

Ia adalah gabungan nama paya Kuing di pinggir bandar raya Kuala Terengganu di mana resort yang baru setahun beroperasi di samping nama pasangan suami isteri selaku pengusaha bagi menampung keperluan musafir.

Ia satu-satunya resort bertaraf tiga bintang dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus yang pesat membangun dan memberikan pilihan kepada pelanggan yang selama ini tertumpu di hotel dan resort di pusat bandar raya.

Jika menginap di pusat bandar raya, mereka mungkin mengambil masa 20 minit untuk berulang-alik ke kawasan itu dan mungkin berdepan dengan kesesakan terutama di Jambatan Sultan Mahmud pada waktu puncak.

Quinara Al-Safir mendekatkan mereka yang berurusan di kawasan ini dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai golongan pengunjung dengan harga bilik yang cukup sederhana.

Kedudukan hotel milik anak tempatan di Kampung Tok Jembal ini cukup strategik, bersebelahan dengan Kelab Golf Kuala Terengganu jika ingin melayani hobi bersama sukan itu.

Juga cuma lima minit perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud jika menanti waktu untuk berlepas atau menunggu ketibaan rakan dan keluarga serta ke pantai peranginan Teluk Ketapang atau Pantai Tok Jembal untuk bersantai dan menjamu selera.

Hanya lapan atau 10 minit memandu jika anda ingin ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan kawasan perindustrian.

Lokasi resort ini di kawasan perkampungan yang masih dikelilingi alam semulajadi malah pelanggan masih boleh menjamah kabus pagi yang jarang-jarang kelihatan di bandar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0616&sec=Pelancongan&pg=pl_02.htm#ixzz2hSgg7xCI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 10 October 2013

Pelajar PMR sertai kem di Quinara Al Safir.



Pelajar sedang mendengar ceramah di dewan Quinara.
KUALA NERUS: Seramai 200 pelajar dari 26 buah sekolah seluruh negeri Terengganu berkampung selama tiga hari di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, baru-baru ini bagi menyertai kem Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai persediaan akhir menghadapi peperiksaan itu 

Kem anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan dibiayai oleh kerajaan negeri itu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian keputusan PMR di negeri ini dan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dengan keputusan 8A.

Jurucakap Urusetia kem, Ku Zaifulizam Ku Abu Bakar, berkata, kebanyakan pelajar yang menghadiri kem ini menunjukan komitmen yang tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam peperiksaan PMR nanti malah masing-masing mahukan keputusan 8A.

“Pihak urusetia dan penceramah yang menjayakan kem ini sudah memberi mereka ilmu yang berguna untuk cemerlang dalam PMR nanti. Walaupun hanya dalam masa tiga hari tetapi mereka banyak mendapat manfaat daripadanya dan kami semua mengharapkan semua pelajar yang hadir kem ini akan mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pelajar yang ditemui selepas menyertai kem itu, berpuashati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi pihak Quinara Al Safir dan mereka akan berkunjung semula dan menginap di resort ini sekiranya berpeluang.


Wednesday 9 October 2013

Petikan dari Blog Teganukita (Blog rasmi kerajaan Terengganu).



Teks dan gambar Aminudin Ismail.

Quinara..tersergam indah.
SELEPAS lama membantu anak-anak muda Terengganu berjaya dalam bidang perhotelan dan katering dengan mengunakan bangunan yang di sewa di Bandar Marang selama lebih 10 tahun, kini pemilik  Kolej Inforana harus berbangga kerana mampu memiliki bangunan sendiri dengan di lengkapi sebuah resort.

Pemiliknya, Ahmad Ramzi Abdul Rahman, berkata, jika dahulu Kolej Inforana beroperasi tanpa mempunyai resort tetapi kini konsepnya berubah kerana ia mengabungkan sebuah resort dengan sebuah kolej pengajian atau lebih tepat berkonsepkan kampus dalam resort.

QUINARA Al-Safir, itulah nama resort milik seorang anak tempatan yang sentiasa bekerja keras untuk memajukan diri sendiri dan anak-anak muda seluruh negeri Terengganu melalui kursus yang ditawarkan oleh Kolej Inforana yang kini bereperasi di tingkat bawah resort  tiga tingkat itu.,

Ia satu-satunya resort bertaraf tiga bintang dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus yang pesat membangun dan memberikan pilihan kepada pelanggan yang selama ini tertumpu di hotel dan resort di pusat bandar raya.

Kedudukan hotel ini cukup strategik, bersebelahan dengan Kelab Golf Kuala Terengganu jika ingin melayani hobi bersama sukan itu dan beberapa lokasi utama lain antaranya ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ahmad Ramzi berkata, resort yang didirikan di atas tanah seluas kira-kira 3.6 hektar itu menawarkan sebanyak 48 bilik terdiri daripada jenis Superior Deluxe dan Superior.

Harga yang ditawarkan pula jauh lebih murah berbanding hotel bertaraf tiga bintang lain iaitu bermula dari harga RM120 hingga RM140 termasuk sarapan untuk dua pelanggan dengan menyediakan pelbagai menu tempatan khususnya makanan negeri Terengganu dan juga makanan Barat.

''Ia tentunya sesuai untuk semua golongan dengan harga yang tidak membebankan dan membolehkan mereka menginap lebih lama jika banyak urusan di sini," ujarnya.

Prinsip Syariah.

Selain daripada itu, Quinara Al-Safir juga mengamalkan prinsip syariah di mana tiada minuman dan makanan tidak halal disediakan di resort berkenaan.

"Kebersihan dalam penyediaan makanan akan dititikberatkan di mana semua bahan yang kita gunakan adalah dari sumber yang halal lagi bersih demi menjaga kesucian agama Islam," katanya.

Tambahnya, bagi mereka yang gemarkan makanan Timur Tengah, mereka boleh singgah di Al-Marwah Cofee House yang ditempatkan di tingkat dua hotel. Ia menyajikan masakan dari negara Arab seperti nasi mandy, nasi arab dan juga ayam panggang bersama kari kambing dan manisan.

Sebagai sebuah resort, tidak lengkap sekiranya setiap bilik tidak dilengkapi dengan keperluan asas iaitu televisyen, pendingin hawa, pemanas air dan kemudahan melayari internet.

Selain itu, untuk memenuhi keperluan pelanggan, beberapa fasiliti lain turut disediakan iaitu surau, bilik seminar yang memuatkan 30 orang, dewan utama yang mempunyai kapasiti 1,000 orang serta ruangan parkir.


Quinara Al-Safir juga turut menawarkan pakej mesyuarat, kursus, perkahwinan dan seminar kepada pelanggannya.