Thursday 10 October 2013

Pelajar PMR sertai kem di Quinara Al Safir.



Pelajar sedang mendengar ceramah di dewan Quinara.
KUALA NERUS: Seramai 200 pelajar dari 26 buah sekolah seluruh negeri Terengganu berkampung selama tiga hari di Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal, baru-baru ini bagi menyertai kem Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai persediaan akhir menghadapi peperiksaan itu 

Kem anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan dibiayai oleh kerajaan negeri itu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian keputusan PMR di negeri ini dan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dengan keputusan 8A.

Jurucakap Urusetia kem, Ku Zaifulizam Ku Abu Bakar, berkata, kebanyakan pelajar yang menghadiri kem ini menunjukan komitmen yang tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam peperiksaan PMR nanti malah masing-masing mahukan keputusan 8A.

“Pihak urusetia dan penceramah yang menjayakan kem ini sudah memberi mereka ilmu yang berguna untuk cemerlang dalam PMR nanti. Walaupun hanya dalam masa tiga hari tetapi mereka banyak mendapat manfaat daripadanya dan kami semua mengharapkan semua pelajar yang hadir kem ini akan mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pelajar yang ditemui selepas menyertai kem itu, berpuashati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi pihak Quinara Al Safir dan mereka akan berkunjung semula dan menginap di resort ini sekiranya berpeluang.


No comments:

Post a Comment