Teks dan gambar Aminudin
Ismail.
Quinara..tersergam indah. |
SELEPAS lama membantu
anak-anak muda Terengganu berjaya dalam bidang perhotelan dan katering dengan
mengunakan bangunan yang di sewa di Bandar Marang selama lebih 10 tahun, kini pemilik
Kolej Inforana harus berbangga kerana
mampu memiliki bangunan sendiri dengan di lengkapi sebuah resort.
Pemiliknya, Ahmad Ramzi Abdul
Rahman, berkata, jika dahulu Kolej Inforana beroperasi tanpa mempunyai resort
tetapi kini konsepnya berubah kerana ia mengabungkan sebuah resort dengan
sebuah kolej pengajian atau lebih tepat berkonsepkan kampus dalam resort.
QUINARA Al-Safir, itulah
nama resort milik seorang anak tempatan yang sentiasa bekerja keras untuk
memajukan diri sendiri dan anak-anak muda seluruh negeri Terengganu melalui
kursus yang ditawarkan oleh Kolej Inforana yang kini bereperasi di tingkat
bawah resort tiga tingkat itu.,
Ia satu-satunya resort
bertaraf tiga bintang dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus yang pesat membangun
dan memberikan pilihan kepada pelanggan yang selama ini tertumpu di hotel dan
resort di pusat bandar raya.
Kedudukan hotel ini
cukup strategik, bersebelahan dengan Kelab Golf Kuala Terengganu jika ingin melayani
hobi bersama sukan itu dan beberapa lokasi utama lain antaranya ialah Lapangan
Terbang Sultan Mahmud dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Ahmad Ramzi berkata,
resort yang didirikan di atas tanah seluas kira-kira 3.6 hektar itu menawarkan
sebanyak 48 bilik terdiri daripada jenis Superior Deluxe dan Superior.
Harga yang ditawarkan
pula jauh lebih murah berbanding hotel bertaraf tiga bintang lain iaitu bermula
dari harga RM120 hingga RM140 termasuk sarapan untuk dua pelanggan dengan
menyediakan pelbagai menu tempatan khususnya makanan negeri Terengganu dan juga
makanan Barat.
''Ia tentunya sesuai
untuk semua golongan dengan harga yang tidak membebankan dan membolehkan mereka
menginap lebih lama jika banyak urusan di sini," ujarnya.
Prinsip Syariah.
Selain daripada itu, Quinara Al-Safir juga mengamalkan prinsip syariah di mana tiada minuman dan makanan tidak halal disediakan di resort berkenaan.
Selain daripada itu, Quinara Al-Safir juga mengamalkan prinsip syariah di mana tiada minuman dan makanan tidak halal disediakan di resort berkenaan.
"Kebersihan dalam
penyediaan makanan akan dititikberatkan di mana semua bahan yang kita gunakan
adalah dari sumber yang halal lagi bersih demi menjaga kesucian agama
Islam," katanya.
Tambahnya, bagi mereka
yang gemarkan makanan Timur Tengah, mereka boleh singgah di Al-Marwah Cofee House
yang ditempatkan di tingkat dua hotel. Ia menyajikan masakan dari negara Arab
seperti nasi mandy, nasi arab dan juga ayam panggang bersama kari
kambing dan manisan.
Sebagai sebuah resort,
tidak lengkap sekiranya setiap bilik tidak dilengkapi dengan keperluan asas
iaitu televisyen, pendingin hawa, pemanas air dan kemudahan melayari internet.
Selain itu, untuk
memenuhi keperluan pelanggan, beberapa fasiliti lain turut disediakan iaitu
surau, bilik seminar yang memuatkan 30 orang, dewan utama yang mempunyai
kapasiti 1,000 orang serta ruangan parkir.
Quinara Al-Safir juga
turut menawarkan pakej mesyuarat, kursus, perkahwinan dan seminar kepada
pelanggannya.
No comments:
Post a Comment